Carian
Intel dan TSMC Dilaporkan Melakukan Usaha Sama Mengendalikan Kilang Intel Di Amerika
April 4, 2025 Effi Saharudin

Intel dan TSMC bersetuju melakukan usaha sama bagi mengendalikan kilang milik Intel di Amerika Syarikat menurut laporan The Information. Menerusi kerjasama ini, sebuah syarikat baharu ditubuhkan dengan TSMC memiliki 20% pegangan.

Intel HQ

Sebelum ini muncul laporan TSMC adalah antara syarikat yang berminat membeli kilang pengeluaran milik Intel. Dengan Intel menghadapi isu kewangan disebabkan kegagalan cip kecerdasan buatan (AI) mereka serta persaingan sengit oleh pengeluar cip lain, penjualan aset dilihat sebagai usaha mengubah nasib syarikat.

CEO baharu Intel Lip Bu Tan juga telah mengatakan syarikat akan memberikan tumpuan kepada perniagaan teras sahaja selepas ini dengan perniagaan tidak berkaitan akan dipisahkan. Selain itu beliau ingin mengembalikan semula budaya kejuruteraan syarikat yang menjadikannya pengeluar cip terbesar dunia suatu ketika dulu.

Komen