Carian
Poco M7 Pro 5G Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM999
April 4, 2025 Aman

Poco Malaysia hari ini menambah satu lagi penawaran peranti untuk pasaran tempatan, iaitu Poco M7 Pro. Ia hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED, kadar segar semula 120Hz, dan kadar kecerahan 1200-nits. Ia dikuasakan cip Dimensity 7025 Ultra, memori sehingga 12GB RAM, storan 256GB, dan bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Untuk rakaman gambar, Poco M7 Pro menyertakan kamera utama 50-megapixel di belakang yang turut ditemani sensor 2MP untuk kedalaman. Kamera swafoto yang disertakan adalah 20-megapixel di hadapan. Peranti ini turut menyokong NFC, dilengkapi HyperOS 1.0, dan pengimbas cap jari atas skrin. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis percikan IP64.

Poco M7 Pro dengan 8GB RAM dan 256GB storan ditawarkan pada harga RM999, sementara 12GB RAM dan 256GB storan ditawarkan pada harga RM1099. Pembeli terawal antara sekarang hingga 17 April 2025 turut akan menerima diskaun RM200, membolehkan anda membelinya pada harga serendah RM799.

Komen