Tidak cukup dengan drama berkenaan masa hadapan operasi TikTok di Amerika Syarikat, TikTok kini terpaksa berdepan dengan satu lagi isu yang besar, kali ini di Eropah, dimana Kesatuan Eropah akan menyaman ByteDance/TikTok untuk 500 juta Euro.
Saman ini berikutan siasatan yang berterusan selama empat tahun yang baru sahaja dilengkapkan baru-baru ini, dimana TikTok didapati telah membenarkan data peribadi rakyat Eropah untuk diakses oleh jurutera-jurutera TikTok di China.

Sebelum siasatan ini dimulakan, TikTok dilaporkan telah mengatakan bahawa data rakyat Eropah telah dihantar ke pengkalan data mereka di Amerika Syarikat, tetapi pihak Kesatuan Eropah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa data peribadi tersebut telah sebaliknya dihantar ke China, dan diakses oleh jurutera-jurutera syarikat tersebut.
Secara ringkasnya, empat tahun lalu, beberapa kumpulan penjaga sekuriti Kesatuan Eropah mengatakan bahawa TikTok dilihat telah melanggar undang-undang GDPR (General Data Protection Regulation), dan selepas audit yang dijalankan sekian lamanya kini mengesahkan bahawa perkara tersebut telah berlaku.
Kesatuan Eropah dijangka akan mengeluarkan saman secara rasmi menjelang penghujung bulan April ini, dengan angka akhirnya tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan bernilai sekurang-kurangnya 500 juta Euro (~RM24.4 juta).