MidJourney V7 Alpha diumumkan hari ini dengan ia adalah model baharu pertama dikeluarkan oleh MidJourney sejak Jun tahun lalu. Ia boleh diuji oleh pelanggan hari ini dengan ia menjana imej pada kualiti yang lebih tinggi, tekstur yang lebih cantik, dan kejituan anggota tubuh, tangan, serta objek yang lebih baik. Model ialah yang pertama mengaktifkan mod Personalization yang membolehkan imej yang dijana dikawal dengan lebih baik mengikut kehendak pengguna.

Turut diperkenalkan ialah Draft Mode, yang menghasilkan gambar separuh kos janaan biasa tetapi pada kelajuan 10 kali lebih pantas. Draft Mode juga membolehkan pengguna melakukan suntingan dan memperhalusi prom yang dimasukkan secara langsung untuk mencipta variasi gambar. Arahan ‘enhance’ dan ‘vary’ kemudian boleh diberikan bagi menjana imej akhir pada kualiti tinggi.

Selain itu mod pelancaran Turbo dan Relax diperkenalkan dengan Turbo mempercepatkan janaan tetapi pada kos kredit lebih tinggi. MidJourney merancang untuk memperkenalkan ciri-ciri baharu setiap minggu dalam tempoh 60 hari seperti Character dan Object Reference. Komuniti digalakkan memberi maklum balas melalui saluran khas untuk membantu meningkatkan model ini.
Kesimpulannya, model V7 menawarkan ciri inovatif dan peningkatan ketara dalam kualiti dan kecekapan proses penciptaan imej. Pengguna digalakkan untuk bereksperimen dengan gaya prompt yang berbeza untuk hasil terbaik.