Donald Trump Melanjutkan Tarikh Larangan Terhadap TikTok Selama 75 Hari Lagi
Aman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini mengatakan akan menandatangani arahan untuk melanjutkan lagi tarikh jualan operasi TikTok di Amerika Syarikat selama 75 hari lagi, sekaligus membolehkan TikTok untuk beroperasi selama 75 hari lagi.
Ia dikatakan pentadbiran beliau sedang berusaha dalam menyelamatkan TikTok, dan langkah ini dilihat memerlukan masa tambahan dalam memastikan transaksi berjalan dengan lancar.
Ini adalah kali kedua Trump melanjutkan tarikh larangan terhadap TikTok, selepas tarikh asal yang memaksa ByteDance untuk menjual atau menutup operasi adalah pada 19 Januari 2025. Buat masa ini, pelbagai syarikat Amerika sedia menyatakan hasrat untuk membeli dan mengoperasikan TikTok di negara berkenaan.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia dilihat ByteDance masih senyap dan tidak memperlihatkan ingin menjual TikTok. Pada masa yang sama, transaksi ini juga memerlukan pengesahan pihak China, yang dilihat mungkin sedikit mencabar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.