Apple iPad Air dengan cip M3 diumumkan sebulan yang lalu dan akhirnya boleh dibeli di Malaysia sejak semalam. Dua model ditawarkan dengan skrin 11″ dan 13″ dengan ia dipadankan kepada memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri yang boleh memberikan kemampuan menstrim sehingga 10 jam. Kamera utama di belakang dan di hadapan kedua-duanya sebesar 12MP.

Tablet ini juga turut hadir dengan sokongan Apple Intelligence, membantu anda dalam melakukan sejumlah tugasan. Melengkapkan ia juga adalah Magic Keyboard baharu, memudahkan input papan kekunci menggunakannya. iPad Air juga turut menyokong stylus Apple Pencil Pro untuk lakaran terus pada skrin.
Di Malaysia, IPad Air 11″ ditawarkan pada harga bermula RM2799, sementara versi 13″ pula bermula RM3699 dalam pilihan warna Blue, Purple, Starlight serta Space Grey. Terdapat versi WiFi dan juga selular di Malaysia. Sementara itu papan kekunci Magic Keyboard ditawarkan pada harga RM1299 untuk versi 11″ dan RM1399 untuk 13″-inci”.