Carian
Meta Rancang Perkenal Model Bahasa Baharu Pada April Ini, Llama 4
April 5, 2025 Aman

Meta sedia memfokuskan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan sejak setahun dua kebelakangan ini, melalui penawaran Meta AI. Menguasakannya adalah model bahasa raya dinamakan sebagai Llama.

Untuk tahun ini, Meta merancang memperkenalkan model bahasa raya yang baharu, iaitu Llama 4. Sepatutnya Meta dijangka memperkenalkan ia lebih awal, tetapi berlaku penangguhan, dan kini ia disasarkan untuk pengenalan sekitar penghujung April 2025 ini.

Pengenalan model ini juga dalam usaha memastikan Meta tidak ketinggalan dengan pelbagai pesaing lain – terutamanya OpenAI dan Google yang lebih aktif dalam memperkenalkan model baharu mereka.

Ia dikatakan penangguhan berlaku kerana model Llama 4 tidak mencapai sasaran yang diinginkan, terutamanya dalam tugasan melibatkan matematik dan juga penaakulan. Meta ingin mengatasi masalah teknikal berkenaan sebelum menawarkan model mereka.

Namun, salah satu kelebihan model yang dibangunkan oleh Meta adalah ia ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan sesiapa yang ingin turut membangunkan model tersendiri, boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam pembangunan masing-masing.

Komen