Infinix pada hari ini sedia menempa nama di pasaran dengan penawaran peranti menarik pada harga yang lebih mesra poket berbanding pelbagai pengeluar lain. Tidak setakat itu, mereka turut bereksperimen dengan beberapa teknologi baharu yang lain daripada lain.
Terbaru, Infinix menjadualkan pengenalan Infinix Note 50s 5G+ di India pada pertengahan bulan April ini, dan salah satu kelainan yang akan disertakan adalah teknologi berbau wangi.
Infinix menjayakan perkara ini melalui penggunaan kapsul mikro-skopik yang disertakan pada kerangka belakang telefon – dan ia akan melepaskan wangian dari masa ke semasa. Infinix menyasarkan bau wangi berkenaan boleh bertahan selama 6 bulan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon ini, dan apakah reaksi orang ramai berkenaan penawarannya kelak. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan atau sebaliknya.