Carian
Kawasaki Perlihat “Robot Kuda” Yang Boleh Ditunggang – Kawasaki CORLEO
April 6, 2025 Aman

Kawasaki sedia perlihatkan beberapa model konsep sebelum ini, dan terbaru pada acara EXPO 2025 yang berlangsung di Jepun, Kawasaki pada tahun ini memperlihatkan sebuah robot kuda yang boleh ditunggang dinamakan CORLEO.

Robot kuda ini hadir dengan berkaki empat, dan dikatakan direkabentuk untuk digunakan di luar jalan raya – seperti ketika mendaki dalam hutan, dan sebagainya. Robot ini dikuasakan dengan tenaga hidrogen, selain turut mengintegrasikan penggunaan kecerdasan buatan untuk bergerak.

Setiap kaki pada robot ini bergerak secara berasingan, memberikan ia lebih fleksibiliti ketika bergerak, dan pengguna juga akan berasa lebih stabil. Ini turut memudahkan ia bergerak pada permukaan berbeza. Konsep CORLEO juga membolehkan robot bergerak mengikut pergerakkan penunggang mereka, sekaligus membolehkan ia dikawal dengan kaedah berbeza dengan membawa motosikal. Ia turut dilengkapi dengan panel paparan untuk melihat tahap hidrogen, navigasi, dan lain-lain.

Melalui konsep ini, Kawasaki memperlihatkan  kemampuan gabungan perniagaan motosikal dan juga robotik milik mereka. Buat masa ini, ia sekadar konsep sahaja. Kawasaki melihat untuk memperkenalkan produk yang menggunakan teknologi seumpamanya menjelang 2050 kelak.

Komen