Carian
Microsoft Menawarkan Quake II Yang Dijana Oleh AI Muse
April 7, 2025 Effi Saharudin

Anda kini boleh memainkan Quake II yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) menerusi pelayar web. Ini ialah usaha di bawah Copilot for Gaming  yang menggunakan AI Microsoft Muse untuk menjana permainan video yang kemudiannya boleh di main oleh orang ramai. Demo pendek ini hanya menyokong resolusi 640 x 360 pixel dan bergerak pada kadar 10FPS yang amatlah rendah untuk sebuah permainan video moden.

Selepas mencuba demo teknologi ini, saya boleh katakan permainan video yang dijana oleh AI masih lagi di peringkat awal dan belum lagi sedia ditawarkan sebagai pengganti permainan video sedia ada. Prestasi Muse adalah amat rendah sedang Quake II sudah berusia hampir 28 tahun. Grafik nampak kabur dan kadar bingkai yang rendah memberikan pengalaman seakan menggunakan komputer dengan cip Cyrix yang saya miliki pada tahun 1998.

Reaksi pengguna internet selepas mencuba demo ini adalah rata-ratanya negatif kerana dilihat cuba menggantikan pembangunan permainan video dengan AI. Microsoft mengatakan AI generatif seperti Muse boleh membantu mempercepatkan pembangunan permainan video dan turut mempunyai kemampuan menjadi jurulatih kepada atlet esukan. Ini sudahpun ditawarkan oleh Razer WYVRN yang dilancarkan bulan lalu.

Komen