Carian
Apple Merancang Pembaharuan Drastik Pada iPhone Baharu Bersempena Ulang-Tahun Ke-20
April 7, 2025 Aman

Apple memperkenalkan iPhone secara rasminya pada 2007 yang lepas, dan kini ia menghampiri 20 tahun sejak diperkenalkan. Selari dengannya, kini Apple dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan pembaharuan drastik pada iPhone dalam menyambutnya.

Untuk ulang-tahun ke-20 berkenaan, Apple merancang bukan sahaja rekaan baharu iPhone, tetapi juga turut merancang pengenalan iPhone boleh-lipat sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, Apple dikatakan turut ingin menggunakan rekaan kaca sepenuhnya pada model Pro bagi edisi 20-tahun ini.

Dengan menuju ke arah berkenaan, pada tahun ini, Apple akan bereksperimen dengan rekaan peranti yang nipis dibawah nama iPhone 17 Air. Apple sering memperkenalkan iPhone baharu sekitar September, dan kita boleh saksikan pengenalan iPhone 17 sekitar tempoh berkenaan.

Komen