Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam ke $76,934 (~RM 343,548.) pagi ini yang bersamaan penyusutan sekitar -8% berbanding nilainya semalam. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin masih sedang merosot dan nilainya kini setara dengan nilainya pada 10 November tahun lalu beberapa hari selepas Trump diumumkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Jika November tahun lalu nilai Bitcoin dan mata wang kripto utama dunia melonjak disebabkan kemenangan Trump, ia kini merosot juga disebabkan oleh beliau. Pengumuman tarif Trump secara pukul rata ke semua negara rakan dagang Amerika Syarikat menyebabkan harga turut disebabkan kerisauan pasaran. Kini muncul laporan dunia mungkin berhadapan dengan kemelesetan global disebabkan tarif yang diumumkan.
Selain kripto, nilai saham beberapa syarikat teknologi utama dunia juga merosot sehingga hampir 10$ minggu lalu. Apple misalnya menjunam lebih 9% kerana peranti mereka dikeluarkan di China, Vietnam dan India. Harga jualan iPhone di Amerika Syarikat mungkin meningkat sehingga 54% sekiranya ia diimport daripada China.
Tarif mewujudkan pelbagai masalah sehingga Nintendo membatalkan tarikh tempahan Switch 2 di Amerika Syarikat kerana harga jualan $450 yang diumumkan minggu lalu akan merugikan syarikat.