Carian
GPMI Diumumkan Sebagai Alternatif HDMI – Pemindahan Data Sehingga 192 Gbps dan 480W
April 7, 2025 Effi Saharudin

Shenzhen 8K UHD Video Industry Cooperation Alliance mengumumkan piawaian baharu untuk antaramuka peranti media yang diberi nama General Purpose Media Interface (GPMI). Ia adalah pengganti kepada piawaian sambungan HDMI dan Display Port yang digunakan sekarang.

GPMI ditawarkan dalam dua pilihan dengan GPMI Type-B menyokong pemindahan data sehingga 192 Gbps dan kuasa pula sehingga 480W. GPMI Type-C pula menyokong pemindahan data sehingga 96 Gbps dan kuasa pula sehingga 240W.

Ini meletakkan kemampuan GPMI lebih tinggi berbanding USB4 V2.0 yang menyokong pemindahan data sehingga 80 Gbps dan kuasa pula sehingga 240W. Format baharu dicadangkan oleh Shenzhen 8K UHD Video Industry Cooperation Alliance bagi membolehkan pemindahan video kadar bit tinggi dilakukan dengan hanya menggunakan satu kabel sahaja di masa hadapan. Persatuan ini ahli yang terdiri daripada lebih 50 syarikat di China.

Komen