Nothing baru-baru ini menarik perhatian ramai melalui imej promosi yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai produk baharu di bawah jenama CMF. Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila mereka secara rasmi mengumumkan pelancaran CMF Phone 2 Pro, yang dijadualkan pada 28 April 2025. Lebih menarik, Nothing Malaysia turut menyenaraikan peranti ini di laman web rasmi yang memberi petanda bahawa ia juga akan tersedia untuk pasaran Malaysia.

Walaupun maklumat lengkap mengenai reka bentuk dan spesifikasi masih belum didedahkan, terdapat maklumat tertiris mengatakan bahawa peranti mungkin hadir dengan reka bentuk modular serta sistem tri-kamera utama. Selain daripada CMF Phone 2 Pro, nothing turut akan melancarkan set fon telinga baharu termasuk CMF Buds 2, CMF Buds 2 Plus, dan CMF Buds 2a.