OpenAI, syarikat disebalik perkhidmatan popular ChatGPT kini dilaporkan telah mengadakan beberapa perbincangan untuk mengambil alih sebuah syarikat memfokuskan pembangunan produk, dinamakan io Products.
Syarikat ini adalah syarikat bersama milik CEO OpenAI sendiri, iaitu Sam Altman bersama-sama dengan bekas perekabentuk Apple terkenal, Jony Ive. Syarikat berkenaan sebelum ini diperkatakan sedang membangunkan perkakasan dengan fokus terhadap kecerdasan buatan.
Buat masa ini, apakah produk yang sedang dibangunkan masih tidak diketahui lagi. Ia dikatakan OpenAI sedang melihat untuk mengambil-alih, atau mungkin akan turut bekerjasama untuk pembangunan produk. Sekiranya memilih untuk ambil-alih, syarikat berkenaan mungkin mencapai nilai sekitar $500 juta.