Carian
OnePlus 13T Akan Dilengkapi Dengan Butang Fizikal Yang Boleh Disesuaikan
April 7, 2025 Amy Maizuraa

Suis lungsur atau lebih dikenali sebagai butang Alert Slider, yang selama ini menjadi ciri ikonik pada peranti OnePlus, kini dijangka digantikan dengan teknologi baharu. OnePlus mengesahkan baahawa ciri tersebut akan digantikan dengan butang fizikal baharu yang lebih serba guna, dan direka untuk menawarkan fungsi tambahan kepada pengguna. Butang ini dikatakan boleh berfungsi untuk pelbagai perkara seperti menukar mod bunyi kepada senyap, getaran, atau dering, sama seperti fungsi Alert Slider sebelum ini.

Lebih menarik, OnePlus 13T bakal menjadi peranti pertama yang memperkenalkan ciri baharu ini. Pada masa yang sama, OnePlus turut mendedahkan bahawa butang tersebut direka dengan fungsi tambahan yang menarik, yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Butang ini turut boleh disesuaikan supaya pengguna dapat menetapkan fungsi mengikut keperluan masing-masing sama seperti Action Button pada model iPhone terkini.

Komen