Carian
WhatsApp Kini Membolehkan Pengguna Menambah Pautan Instagram Pada Profil
April 8, 2025 Amy Maizuraa

WhatsApp kini membolehkan pengguna menambah pautan daripada media sosial lain ke profil mereka. Dengan kemaskini baharu ini, pengguna boleh meletakkan pautan Instagram ke dalam tetapan profil seterusnya memudahkan rakan-rakan, serta kenalan mencari mereka di platform media sosial lain.

Cubaan kami mendapati, ciri ini boleh ditemui menerusi tetapan utama (Settings) > Edit Profile > Links. Kemudian pautan Instagram boleh ditambah dengan menaip nama pengguna (username) secara manual dan simpan. Perlu dipastikan bahawa nama pengguna yang ditaip adalah milik anda bagi mengelakkan kesilapan profil. Setelah selesai, pautan akan dipaparkan bersama maklumat lain seperti nama dan nombor telefon.

Cubaan kami juga menggunakan peranti iOS, dan pastikan aplikasi dikemaskini dengan versi baharu untuk mencubanya. Perlu diingatkan bahawa ciri yang serupa sudah tersedia pada WhatsApp Business sebelum ini, dan kini ditawarkan pula pada akaun WhatsApp Messenger Standard.

Komen