Carian
Kini Anda Boleh Menempah Grab Di Lapangan Terbang Sebelum Mendarat
April 8, 2025 Nazrin

Untuk anda yang sering melancong atau ke luar negara untuk tugasan kerja, Grab juga memperkenalkan ciri seru-pandu dari lapangan terbang baru, iaitu Advance Booking (Airport Pickup). Dengan ciri ini, sebuah kenderaan Grab akan menunggu anda di tempat menunggu kenderaan seru-pandu selepas anda mendarat dan mendapatkan bagasi anda.

Anda hanya perlu menempah kenderaan Grab anda lebih awal dan memasukkan nombor penerbangan anda, dan aplikasi Grab akan mengubahsuai masa ketibaan pemandu Grab anda bergantung kepada masa anda mendarat secara automatik.

Grab mengatakan bahawa ciri ini sudahpun mula ditawarkan bermula hari ini di beberapa lapangan terbang, termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta di Surabaya, Indonesia, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di Thailand, Lapangan Terbang Seletar di Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 di Malaysia.

Grab mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri ini kepada lebih banyak lapangan terbang lagi di masa akan datang.

Komen