Carian
Blackmagic PYXIS 12K Dilancarkan – Kamera Perfileman Kompak Dengan Resolusi Tinggi
April 8, 2025 Amy Maizuraa

Blackmagic Design baru sahaja melancarkan kamera perfileman digital kompak terkini yang dikenali sebagai Blackmagic PYXIS 12K. Kamera ini hadir dengan sensor bingkai penuh RGBW 12K yang menawarkan julat dinamik sehingga 16-hentian (stops). Ia mampu merakam video pada resolusi maksimum 12,288 x 8040, dengan kadar bingkai 12K pada 40 FPS, 8K pada 60 FPS, dan 4K pada 112 FPS. Selain itu menawarkan pelbagai mod rakaman termasuk mod bingkai penuh 3:2, anamorphic 6:5 tanpa potongan, serta mod Super 35mm.

PYXIS 12K diperbuat daripada bahan aluminium aeroangkasa yang menjadikannya tahan lasak namun ringan. Ia menyokong pelbagai pelekap bersaiz antara 1/4″ hingga 3/8″ untuk memastikan sesuai dengan pelbagai produk seperti dron dan gimbal. Selain itu, ia juga menyokong pelekap kanta seperti L-Mount dan PL, yang membolehkan penggunaan dengan pelbagai jenis lensa, termasuk Leica L-glass dan ARRI Prime

Kamera ini dilengkapi dengan panel LCD HDR bersaiz 4 inci dengan kecerahan maksimum mencapai 1500 nits. Ia turut menyediakan dwi slot CFexpress untuk rakaman Blackmagic RAW 12-bit yang berkualiti tinggi. Selain direka sesuai digunakan dengan bateri Sony BP-U, kamera ini juga menawarkan plat SSD bagi pemasangan SSD atau telefon dengan selamat semasa operasi, khusus untuk memenuhi keperluan penstriman langsung.

Komen