Samsung Odyssey 3D G90XF adalah monitor gaming yang menawarkan paparan secara tiga dimensi (3D). Monitor ini boleh memberikan pengalaman permainan 3D tanpa memerlukan sepasang cermin mata khas menerusi penggunaan teknologi lensa lenticular.

Dengan teknologi AI Video Conversion membolehkan paparan 2D diubah untuk kelihatan 3D menerusi panel ini. Dengan resolusi 4K, kadar segar semula 165Hz, dan masa tindak balas 1ms pula membolehkan monitor ini memaparkan kandungan visual yang tajam. Sokongan AMD FreeSync Premium dan NVIDIA G-Sync turut disokong bertujuan untuk mengurangkan gangguan visual semasa sesi permainan.
Di Malaysia, Samsung Odyssey 3D dijual dengan harga RM8,999 sebuah, dan diskaun RM1,000 diberikan untuk masa terhad. Selain daripada Odyssey 3D G90XF, Samsung turut mengumumkan harga untuk Odyssey OLED G8 pada RM5,999 (27″), Odyssey OLED G8 pada RM6,499 (32″) dan Odyssey G9 pada RM5,399.