Carian
Honor Magic Portal Kini Menyokong Shopee, Grab Dan Trip.com
April 8, 2025 Amy Maizuraa

Honor menawarkan kemaskini perisian baharu untuk Magic7 Pro melalui peningkatan fungsi pada ciri Magic Portal. Melaluinya, Magic Portal pada peranti tersebut menyokong Shopee, Grab dan Trip.com , seterusnya membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dengan lebih mudah.

Sebagai contoh, pengguna boleh menempah penerbangan dan hotel dengan pantas menerusi Trip.com. Menerusi Shopee, mereka boleh mendapatkan harga dan butiran sesuatu produk dengan kadar segara. Selain itu, mereka turut boleh menempah kereta dan meneroka restoran menarik menggunakan gerak isyarat mudah melalui Grab.

Untuk konteks, Honor Magic Portal merupakan ciri yang memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai fungsi dengan mudah. Ia boleh merujuk kepada aplikasi yang disokong termasuklah tiga platform baharu yang dinyatakan tadi.

Selain daripada itu, kemaskini baharu turut memperkenalkan fungsi akses pintu NFC yang membolehkan pengguna membuka pintu hanya dengan menyentuh telefon pada pembaca NFC. Buat masa ini, ia hanya disediakan untuk peranti Magic7 Pro tetapi Honor merancang untuk meluaskan penawaran ini ke peranti lain dalam masa terdekat.

Komen