MediaTek Dimensity 9400+ belum dilancarkan secara rasmi namun markah penanda arasnya telah tertiris lebih awal. Dalam ujian Geekbench, cip ini mencatatkan skor sebanyak 2,949 untuk ujian satu teras dan 9,258 untuk ujian pelbagai teras. Sementara itu, dalam ujian Antutu, cip ini memperoleh skor keseluruhan sebanyak 2,906,450 yang menjadikannya setanding dengan cip Snapdragon 8 Elite terkini.

Semua markah ini diperoleh melalui ujian yang dijalankan pada peranti Vivo X200s dan tertiris melalui laporan sumber tertentu. Dari segi GPU, tiada perubahan besar kerana ia dilaporkan masih menggunakan Immortalis G925-MC12 yang beroperasi pada 1612MHz, sama seperti Dimensity 9400. Oleh itu, tiada peningkatan prestasi utama yang ketara dijangka daripada cip baharu ini.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran rasmi Dimensity 9400+ yang dijadualkan berlangsung pada 11 April 2025. Antara peranti yang disahkan akan menggunakan cip ini termasuk Vivo X200s, Oppo Find X8s, dan Realme GT7.