Honor mengacah kehadiran peranti baharu dengan penjenamaan Power, yang dijadualkan dilancarkan pada 15 April 2025. Imej promosi rasmi menunjukkan peranti memberi fokus terhadap ketahanan bateri yang panjang, dengan kemungkinan sokongan bateri berkapasiti 7,800mAh serta pengecasan pantas 80W. Keadaan ini boleh memberikan pengalaman penggunaan lebih baik untuk jangka masa panjang tanpa perlu mengecas peranti secara kerap.

Selain itu, peranti ini direka untuk bertahan dalam pelbagai situasi termasuk aktiviti luar dengan gabungan ciri yang tahan lasak. Dari segi rekaan, ia dijangka hadir dengan skrin hadapan berlubang berbentuk pula, yang menyerupai rekaan daripada beberapa peranti siri nombor mereka.