Carian
Cincin Pintar, Samsung Galaxy Ring Hadir Ke Malaysia – Berharga RM2099
April 9, 2025 Aman

Samsung Malaysia hari ini akhirnya mengumumkan penawaran cincin pintar mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Galaxy Ring dan ditawarkan pada harga RM2099

Samsung Galaxy Ring hadir dalam pilihan saiz antara 5 ke 14, mengikut saiz jari pengguna, dan menyertakan sensor untuk memudahkan pengguna memantau kesihatan dan tahap kecergasan masing-masing. Galaxy Ring membolehkan anda memantau corak tidur, kadar denyutan nadi, langkah perjalanan, dan sebagainya dengan mudah. Ia turut hadir dengan penawaran bateri sehingga 7 hari (bergantung kepada saiz cincin berkenaan dimana lebih kecil membawakan masa ketahanan lebih rendah).

Cincin ini dipadankan bersama dengan Samsung Health, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai data kecergasan mereka dengan mudah. Ia juga kurang menganggu untuk dipakai berbanding jam tangan pintar, terutamanya ketika tidur.

Di Malaysia, cincin pintar ini ditawarkan pada harga RM2099. Penawaran cincin ini adalah terhad, dan ditawarkan untuk pengguna siri Galaxy S dan Galaxy Z terlebih dahulu. Untuk melakukan pembelian, pengguna perlu menebus kod daripada aplikasi Samsung Members, dan seterusnya hadir ke Samsung Experience Store berdekatan untuk menyemak saiz jari dan melakukan pembelian. Selepas tempahan dilakukan, ia dijangka mengambil masa sehingga 6 minggu sebelum anda menerima cincin Galaxy Ring anda.

Komen