Instagram dilancarkan untuk iOS pada tahun 2010 sebelum akhirnya ia tiba ke Android pada tahun 2012. Tetapi sehingga sekarang aplikasi khusus untuk iPad masih belum wujud walaupun tablet ini juga sudah wujud sejak 2010. Penantian 15 tahun untuk aplikasi iPad mungkin akan berakhir dengan ia kini sedang dibangunkan menurut laporan The Information.

Masih belum diketahui bilakah aplikasi untuk iPad akan dilancarkan. Sebelum ini Adam Mosseri berkata kurangnya permintaan daripada pengguna membuatkan keperluan membangunkan aplikasi untuk iPad tidak diberikan kepentingan. Ini adalah agak aneh kerana Instagram untuk peranti skrin lipat Android telahpun ditawarkan sejak 2023. Secara teorinya antaramuka yang sama boleh digunakan semula pada iPad.
Walaupun sudah dibangunkan kami sarankan jangan letakkan harapan yang tinggi. Ura-ura aplikasi WhatsApp untuk iPad sudah kami laporkan sejak 2017 tetapi sehingga kini masih belum menjadi realiti.