Carian
Meta Teen Account Kini Di Facebook dan Messenger Untuk Menapis Kandungan
April 9, 2025 Effi Saharudin

September tahun lalu Instagram mengaktifkan ciri Teen Account yang meletakkan pelbagai ciri keselamatan khusus untuk pengguna remaja berusia bawah 16 tahun. Pagi ini Meta mengumumkan ciri ini diaktifkan pula pada aplikasi Facebook dan Messenger.

Seperti di Instagram, Teen Account meletakkan halangan seperti tidak boleh dihubungi insan tidak dikenali serta menghalang paparan mesej lucah yang mungkin dihantar ke kotak DM. Selain itu kawalan penggunaan masa dalam aplikasi juga boleh dilakukan oleh ibu bapa serta penjaga.

Di Instagram, pengguna Teen Account tidak boleh melakukan sesi Live atau mematikan halangan kandungan yang ditetapkan tanpa kebenaran oleh ibu bapa dan penjaga. Ciri baharu ini boleh digunakan pengguna di AS, UK, Australia dan Kanada terlebih dahulu sebelum diberikan ke negara-negara lain

Komen