Disebabkan oleh pengumuman pengenalan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, pelbagai saham mengalami kejatuhan mendadak, termasuk saham Apple yang memperlihatkan kejatuhan sekitar 23% sejak beberapa hari kebelakangan ini. Perkara ini sekaligus mengurangkan nilai syarikat Apple, dan kini memposisikannya sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia.

Mengatasinya adalah Microsoft, yang kini bernilai $2.635 trilon, berbanding Apple yang bernilai sekitar $2.590 trilion. Sementara itu NVIDIA di tangga ketiga dengan nilai syarikat berjumlah $2.349 trilion
Microsoft dilihat kurang terkesan dengan pengenalan tarif ini berbanding Apple memandangkan fokus mereka terhadap perisian dan perkhidmatan, berbanding Apple yang bergantung kepada tenaga keluaran luar Amerika Syarikat.
.