Carian
Samsung Umum Integrasi Google Gemini Pada Robot Ballie – Akan Dipasarkan Pada Tahun Ini
April 9, 2025 Aman

Pada awal 2024 yang lepas, Samsung telah perlihatkan robot kecil comel yang turut boleh menjadi pembantu rumah, dinamakan Ballie. Sejak diperlihatkan, Samsung tidak pernah menyatakan bilakah ia akan dipasarkan, sehinggalah ke hari ini.

Pada acara Google Cloud yang diadakan hari ini, Samsung menyatakan kerjasama dengan Google, dan akan mengintegrasikan teknologi Google Gemini ke dalam robot Ballie ini. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah bersama Ballie, selain turut meminta ia menguruskan dan mengawal sejumlah perkara.

Ballie juga akan menggunakan sensor seperti kamera dan sebagainya dalam memastikan persekitaran dan mendapatkan maklumbalas masa-nyata. Melalui contoh yang diberikan oleh Samsung, selepas bersiap untuk keluar, anda boleh bertanya kepada Ballie bagaimana anda kelihatan, dan Ballie akan memberikan respon termasuk mencadangkan gaya lebih baik.

Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan yang mana robot Ballie ini akan dipasarkan pada tahun ini secara terhad di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Harga jualannya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Komen