Honor MagicBook X14 2025 telah diumumkan sebagai salah satu produk baharu dalam acara pelancaran Honor Malaysia. Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin 14-inci yang menyokong teknologi TÜV Rheinland untuk perlindungan mata, serta paparan resolusi FHD dengan kadar segar semula standard 60Hz.


Ia juga menggunakan pemproses Intel Core i5-13420H, bersama GPU Intel UHD Graphics, memori 16GB RAM, dan storan dalaman 512GB SSD. Baterinya berkapasiti 42Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C Power Adapter. Ciri-ciri tambahan lain termasuk kamera web 720P HD, dua pembesar suara, mikrofon terbina, dan sokongan untuk sistem Windows 11 Home terkini.




Selain itu, MagicBook X14 2025 juga dilengkapi dengan ciri pintar seperti HONOR Connect, HONOR Device Clone, HONOR Share, dan Global Favourite, untuk pengalaman fungsi pintar yang lebih baik. Pilihan I/O termasuk 1x USB 3.2 Gen2, 1x USB 3.2 Gen1, 1x HDMI 1.4b, dan bicu audio 3.5mm.

Honor MagicBook X14 2025 hadir dalam pilihan warna Cloud Gray, dan boleh didapati pada RM2,499 melalui pengedar sah Honor Malaysia. Pembeli juga akan menerima hadiah menarik bersama komputer riba ini.