Honor Earbuds Open kini dilancarkan semula di Malaysia dengan harga RM699 bagi melengkapkan ekosistem peranti Honor. Fon telinga ini mempunyai reka bentuk ergonomik umtuk keselesaan sepanjang penggunaan. Ia dilengkapi pembatalan hingar aktif hibrid dengan 3 mikrofon untuk panggilan yang lebih jelas, serta bateri yang mampu bertahan sehingga 22 jam apabila digunakan bersama bekas pengecas.



Selain itu, Honor Earbuds Open menyokong AI Live Translation bagi komunikasi yang lebih mudah, serta menawarkan pengalaman audio yang mendalam melalui subwoofer surround. Sokongan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Translation dan AI Privacy Call turut disediakan menjadikan pengalaman pengguna lebih pintar. Kawalan sesentuh juga disediakan yang boleh digunakan untuk memainkan, menjeda, melangkau atau menyesuaikan kelantangan audio dengan mudah.
