Honor Pad X9a kini tersedia dalam versi LTE yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang memerlukan sambungan internet mudah alih. Seperti model WiFi sebelumnya, tiada perubahan besar dilakukan pada spesifikasi tetapi storan dalaman lebih besar.



Tablet ini dilengkapi dengan skrin 11.5-inci beresolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz, dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 685. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 8,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W. Tablet ini juga menyokong aksesori seperti stylus dan papan kekunci bluetooth menjadikannya pilihan menarik untuk tujuan produktiviti.



Honor Pad X9a LTE hadir dalam pilihan warna Gray, dan boleh didapati dengan harga RM1,299 melalui pengedar Honor Malaysia. Pembeli juga akan menerima hadiah menarik bersama komputer riba ini.