Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bidor 2, Perak hari ini dengan tujuan memberikan pendedahan mengenai kepentingan keselamatan atas talian serta melindungi diri daripada ancaman siber.

Sepanjang tahun 2025, disasarkan sebanyak 10,246 sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam kempen ini termasuk SK Bidor 2. Kempen disertai bukan sahaja oleh para pelajar, tetapi juga guru, ibu bapa dan anggota komuniti sekolah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Kempen ini memberi pendedahan berkenaan keselamatan atas talian, khusus kepada kumpulan sasar mengikut umur dan peranan. Antara modul yang diketengahkan ialah had umur penggunaan media sosial dan penerangan tentang larangan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun memiliki media sosial; risiko dan ancaman media sosial kepada kanak-kanak seperti buli siber, eksploitasi dan penganiayaan seksual, ucapan kebencian serta dan peranan ibu bapa dan penjaga dalam melindungi anak-anak mereka,.