Cari @ Amanz

Beberapa Perkhidmatan Maybank Tergendala Sementara Pada 13 April 2025

Link Copied!

Maybank telah mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan mereka akan tergendala sementara pada Ahad, 13 April 2025, dari jam 3.00 pagi hingga 8.00 pagi. Gangguan ini adalah sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan sistem yang dijadualkan untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih lancar dan selamat.

Maybank

Antara perkhidmatan yang akan terjejas termasuk DuitNow Transfer, DuitNow QR, JomPay, MEPS Balance Inquiry, dan beberapa lagi yang melibatkan Maybank2u, aplikasi MAE, serta ATM. Pengguna disarankan untuk merancang transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menulis kepada kami di [email protected] atau menghubungi kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).


Komen ()