Carian
Algoritma RamalanJenayah Seakan Person of Interest Dibangunkan United Kingdom
April 10, 2025 Effi Saharudin

United Kingdom sedang membangunkan algoritma yang meramal individu yang berisiko menjadi pembunuh. Dalam laporan The Guardian, projek ditemukan oleh Statewatch selepas memohon akses projek kerajaan di bawah kebebasan mengakses data. Pada asalnya projek diberi nama “projek ramalan pembunuhan” sebelum diubah kepada “perkongsian data untuk penilaian risiko”.

Menerusi projek ini, data jenayah yang pernah dilakukan individu akan digunakan oleh algoritma untuk menilai risiko mereka melakukan jenayah ganas. Projek dimulakan oleh jabatan perdana menteri di bawah arahan Rishi Sunak. Penggunaan data adalah untuk meneroka teknik sains data alternatif dan inovatif kepada penilaian risiko pembunuhan sekaligus mengurangkan jenayah di UK.

Walaupun tujuan projek adalah demi keselamatan rakyat, Statewatch melihatnya sebagai risiko kerajaan mengumpul data orang ramai untuk projek menakutkan seperti siri TV Person of Interest. Perbezaan hanyalah dalam siri TV ini, kecerdasan buatan (AI) The Machine menggunakan data yang dikumpul untuk menyelamatkan nyawa individu yang diramal berisiko menjadi mangsa jenayah. Siapa sangka sains fiksyen dari tahun 2011 kini semakin hampir menjadi realiti.

Komen