Carian
Samsung Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Untuk Siri Samsung Galaxy S20
April 10, 2025 Nazrin

Jika anda seorang pemilik peranti pintar Samsung generasi lama, syarikat teknologi dari Korea Selatan tersebut baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan kemaskini perisian dan sekuriti untuk sejumlah eranti-peranti pintar lama mereka.

Peranti-peranti ini termasuklah siri Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy A52 5G, Samsung Galaxy A72 dan Samsung Galaxy A32. Untuk siri Samsung Galaxy S20, ini termasuklah semua model-model Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Samsung Galaxy S20 Ultra.

Di laman web Samsung, model-model Samsung Galaxy S20 dan yang diumumkan diatas tidak lagi disenaraikan, dan hanya model Samsung Galaxy S20 FE dan keatas boleh dilihat.

Samsung Galaxy S20

Ini bermakna bahawa model-model ini tidak akan menerima kemaskini perisian Android, ciri-ciri baru daripada Samsung dan juga kemaskini sekuriti, kecuali untuk kemaskini sekuriti yang diwajibkan untuk memastikan bahawa peranti-peranti mereka tidak menjadi mangsa godaman pada skala besar-besaran.

Pengguna masih boleh menggunakan peranti-peranti mereka tanpa masalah, akan tetapi jika masih mahu menerima kemaskini perisian, sistem operasi dan sekuriti secara lebih meluas, ia dinasihatkan anda bertukar peranti ke versi Samsung Galaxy yang lebih baru.

Komen