Cari @ Amanz

CIMB Menangguhkan Penamatan Aplikasi CIMB Clicks Kepada 19 April 2025

Oleh Aman

Link Copied!

CIMB pada awalnya menjadualkan penamatan aplikasi CIMB Clicks pada minggu ini, 12 April 2025, dan beralih sepenuhnya ke aplikasi baharu CIMB OCTO. Namun, kini ia dilihat CIMB melakukan penangguhan, dan akan menamatkan aplikasi berkenaan pada 19 April 2025 kelak.

Tiada sebab diberikan oleh CIMB berkenaan dengan penangguhan ini. Namun, dengan tambahan tujuh hari ini, ia akan memberikan lebih masa kepada pengguna CIMB Clicks untuk beralih ke aplikasi CIMB OCTO.

Sebelum ini sendiri, CIMB telah mula menamatkan beberapa ciri-ciri secara berperingkat pada aplikasi CIMB Clicks, dan meminta pengguna menggunakan CIMB OCTO untuk transaksi lanjutan.

CIMB OCTO menawarkan paparan lebih moden, dengan akses dan paparan lebih menarik dan lancar. Bagi anda yang menggunakan CIMB, anda boleh memuat-turun OCTO daripada kedai aplikasi Google, Apple atau Huawei hari ini.


Komen ()