Cari @ Amanz

China Dikenakan Tarif 145% Oleh Amerika Syarikat – Saham Teknologi Menjunam Kembali

Link Copied!

Pasaran saham dunia sejak seminggu lalu adalah seperti graf Sin dengan ia naik dan turun semula. Ini semuanya disebabkan tindakan Presiden Trump yang mengenakan tarif yang berubah-ubah mengikut gerak hati beliau. Akibatnya hari ini pasaran saham menjunam semula selepas Amerika Syarikat mengesahkan China sebenarnya dikenakan tarif 145% dan bukannya 125% seperti yang dilaporkan semalam.

China Amerika

Tarif 125% semalam perlu ditambah dengan tarif 20% yang diumumkan awal tahun ini bagi menghukum China yang didakwa mengeksport dadah fentanil ke Amerika Syarikat. Ini menjadikan China negara yang menerima tarif tertinggi di dunia oleh Amerika Syarikat kerana perang perdagangan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Pengesahan ini menyebabkan saham syarikat teknologi yang naik hampir 20% semalam kembali menjunam. Saham Apple, NVIDIA, Meta, Microsoft, TSMC dan Amazon susut kembali. Apple dan Amazon terkesan kerana majoriti produk diimport daripada China. Pengenalan tarif ini bukan sahaja mendatangkan impak kepada syarikat teknologi tetapi akan menyukarkan proses penjualan TikTok yang dibatalkan minggu lalu juga disebabkan tarif Trump.


Komen ()