Carian
Oppo Find X8s dan Find X8s+ Dilancarkan Dengan Dimensity 9400+
April 11, 2025 Effi Saharudin

Selain Oppo Find X8 Ultra, Oppo Find X8s dan X8+ juga dilancarkan di China tetapi dengan cip baharu Dimensity 9400+. Dengan ini, Oppo kini menawarkan lapan model siri Find X8 masing-masing dengan pilihan cip, kamera dan fungsi tambahan yang berbeza.

Kita mulakan dengan Oppo Find X8s+ yang dilengkapi skrin 6.59″ LTPO OLED 120Hz dan sokongan Dolby Vision, cip Dimensity 9400+, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri 6000 mAH SiC yang menyokong pengecasan SuperVOOC 80W serta 50W AirVOOC. Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 dan kali pancutan air IP69.

Kamera utama kini terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 50MP, dan lensa telefoto 3x 50MP dengan OIS. Kamera hadapan pula sebesar 32MP. Sistem kamera Hasselblad disertakan sekali lagi tetapi siri X8s tidak mempunyai butang kawalan kamera sisi. Sebaliknya hanya butang pintasan pantas diberikan.

Oppo Find X8s pula dilengkapi skrin 6.32″ LTPO OLED 120Hz dan sokongan Dolby Vision, cip Dimensity 9400+, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri 5700 mAH SiC yang menyokong pengecasan SuperVOOC 80W serta 50W AirVOOC. Tubuh peranti juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 dan kali pancutan air IP69.

Kamera utama sama sahaja iaitu lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 50MP, dan lensa telefoto 3x 50MP dengan OIS. Kamera hadapan pula sebesar 32MP. Sistem kamera Hasselblad disertakan dengan butang pintasan pantas pada sisi kiri.

Di China harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

  • Oppo Find X8s+ (12/256GB) – RMB 4199 (~RM 2550)
  • Oppo Find X8s+ (12/512GB) – RMB 4699 (~RM 2853)
  • Oppo Find X8s+ (16/512GB) – RMB 4999 (~RM 3035)
  • Oppo Find X8s (12/256GB) – RMB 4199 (~RM 2550)
  • Oppo Find X8s (12/512GB) – RMB 4699 (~RM 2853)
  • Oppo Find X8s(16/512GB) – RMB 4999 (~RM 3035)
  • Oppo Find X8s (16/1000GB) – RMB 5499 (~RM 3339)
Komen