Carian
Oppo Find X8 Ultra Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite dan Kamera Hasselblad
April 11, 2025 Effi Saharudin

Hujung tahun lalu siri Oppo Find X8 dilancarkan dengan cip Dimensity 9400. Ada yang merungut kerana mahukan peranti mercu Oppo dengan Snapdragon 8 Elite. Jika ini yang anda mahukan, Oppo Find X8 Ultra ialah telefon mercu Android anda yang seterusnya kerana ia telah dilancarkan semalam di China.

Oppo Find X8 Ultra hadir dengan skrin 6.82″ LTPO OLED 120Hz dan sokongan Dolby Vision. Cip Snapdragon 8 Elite dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR5X-9600 RAM, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 6100 mAH SiC yang menyokong pengecasan SuperVOOC 100W serta 50W AirVOOC. Tubuh peranti pula melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 dan kali pancutan air IP69.

Walaupun X8 Ultra adalah lebih, ia dilengkapi lebih besar berbanding X8 Pro dengan 5910 mAh. Kamera utama kini terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 50MP, lensa telefoto 3x 50MP dengan OIS dan lensa telefoto 6x 50MP juga dengan OIS.

Kamera hadapan pula sebesar 32MP. Secara keseluruhan dua lensa telefoto dikemaskini dengan sensor lebih baik tetapi lensa ultra sudut lebar dengan sensor lebih kecil berbanding X8 Pro. Sistem kamera Hasselblad masih lagi dikekalkan.

Penambahbaikan lain yang diperkenalkan ialah dua butang khusus untuk kawalan kamera dan butang pintasan pantas. Pemperibadian butang pintasan pantas boleh dilakukan untuk melancarkan pelbagai aplikasi yang dikehendaki pemilik. Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 15 yang berasaskan Android 15.

Di China harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

  • Oppo Find X8 Ultra (12/256GB) – RMB 6499 (~RM 3946)
  • Oppo Find X8 Ultra (16/512GB) – RMB 6999 (~RM 4250)
  • Oppo Find X8 Ultra (16/1000GB) – RMB 7999 (~RM 4857)
Komen