Carian
Vivo V50e Kini Rasmi – Cip Dimensity 7300 Dan Kamera 50MP
April 11, 2025 Amy Maizuraa

Vivo V50e telah dilancarkan secara rasmi sebagai tambahan baharu untuk siri V50. Peranti ini dilengkapi dengan skrin melengkung AMOLED 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Paparan juga menyokong pensijilan HDR10+, bersama kecerahan puncak maksimum 1800nits.

Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7300, bersama pilihan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Bateri 5,600mAh disokong boleh dicas semula dengan pengecasan pantas 90W dan port USB-C. Selain itu, ia menjalankan perisian FunTouchOS15 berasaskan Android 15, bersama beberapa ciri AI terbina termasuk AI Transcript Assist, AI Note Assist, vivo Call Translation dan Circle to Search.

Peranti memuatkan kamera utama 50MP Sony IMX882 OIS + 8MP ultra-lebar dan swafoto 50MP. Dalam masa masa, ia mempunyai ciri AI Aura Light Portrait 2.0 yang berguna untuk kegunaan tangkapan gambar dalam pencahayaan malap. Ciri tambahan lain termasuk pengimbas cap jari di skrin, kalis air IP68/69 dan pembesar suara mono.

Komen