Illegear menawarkan dua komputer baharu di Malaysia melalui Vulcan 16 dan 6 Extreme. Bagi yang berminat, kedua-duanya boleh didapati secara pratempahan sekarang melalui pengedar sah Illegear Malaysia. Harga jualan bermula RM8,999 untuk Vulcan 16, manakala RM12,999 untuk Vulcan 16 Extreme. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah menarik percuma termasuk naiktaraf 32GB RAM DDR5 (RM639), naiktaraf storan 1TB Gen4 SSD (RM199), Beg galas eksklusif dan banyak lagi.

Illegear Vulcan 16 menggunakan skrin IPS 16″ 300Hz WQXGA IPS sRGB 100% dengan kecerahan puncak 500nits. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core i7-13700H bersama pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 5070Ti. Selain itu, ia mempunyai bateri 99Wh yang menyokong sistem pengecasan 250W. Di samping, ia turut dilengkapi kamera web FHD dengan R Dual-Sensor. Pilihan I/O terdiri dengan 2 x USB Type-C, 3 x USB 3.2, 1 x port HDMI 2.1, 1 x Displayport 1.4a, 1 x RJ-45 LAN, dan 1 x bicu audio 3.5mm.

Vulcan 16 Extreme pula menggunakan skrin IPS 16″ 300Hz WQXGA IPS sRGB 100% INFINIVISION Display dengan kecerahan maksimum 1200nits. Ini dipadankan dengan cip Intel® Core™ Ultra 9 275HX, bersama pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 5080 dan RTX 5090. Bateri 99Wh disokong boleh dicas menggunakan sistem pengecasan 420W. Dalam masa sama, ia memuatkan kamera web FHD dengan R Dual-Sensor, dan dua pembesar suara 2W. Pilihan I/O terdiri dengan 1 x Liquid Cooling Connector, 1 x USB-C (thunderbolt 4), 3 x USB 3.2, 1 x HDMI 2.1, 1 x Mini Display, 1 x RJ-45 LAN dan bicu audio 3.5mm.