Carian
Oppo Pad 4 Pro Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8 Elite
April 11, 2025 Amy Maizuraa

Oppo Pad 4 Pro telah dilancarkan di China dengan spesifikasi yang menarik untuk sebuah tablet mercu. Ia dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite, bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia juga menggunakan skrin LCD 13.2-inci dengan resolusi 2K, kadar segar semula 144Hz, dan kecerahan maksimum sehingga 900nits.

Oppo Pad 4 Pro
Oppo Pad 4 Pro

Oppo Pad 4 Pro juga menyokong Dolby Vision, dan menampilkan lapan pembesar suara yang disertakan teknologi Dolby Atmos. Bateri berkapasiti 12,140mAh juga disediakan dengan sistem pengecasan pantas 67W. Harga jualan rasminya bermula dari CNY 3,299 (~RM1,998) untuk model asas 8GB+256GB.

Komen