Carian
Tecno Camon 40 Pro 5G Akan Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM1,099
April 11, 2025 Amy Maizuraa

Tecno melalui kemaskini di Facebook mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka, Camon 40 Pro 5G akan dijual di Malaysia dengan harga RM1,099. Meskipun begitu, tarikh pelancaran rasmi peranti ini masih belum dinyatakan.

Tecno Camon 40 Pro 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ia juga dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate, memori 12GB RAM dan storan 256GB. Untuk kamera, ia mempunyai sensor utama 50 MP 1/1.56” OIS, ultra-lebar 8MP dan swafoto 50MP. Bateri 5,200 juga disediakan dengan pengecasan 45W Super Charge untuk kemudahan pengguna.

Komen