Carian
IQOO Z10 Dilancarkan Dengan Bateri 7300mAh
April 11, 2025 Amy Maizuraa

Fenomena bateri besar dalam peranti pertengahan dilihat menjadi perhatian dan iQOO Z10 adalah sebuah lagi telefon dengan ciri berkenaan yang terkini. Telefon ini dilengkapi dengan bateri 7300mAh yang menjadikan ia salah satu telefon dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini.

IQOO Z10 dilengkapi skrin 6.77-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, ia menyokong sistem kamera 50MP OIS + 2MP dan swafoto sebesar 32MP. Bateri 7300mAh disediakan juga menyokong pengecasan pantas 90W. Ciri-ciri tambahan lain termasuk perisian terkini FuntouchOS 15 berasaskan Android 15, WiFi 5 dan Bluetooth 5.2.

Komen