Carian
Realme 14 5G – Peranti Menarik Untuk Generasi Moden
April 15, 2025 Amy Maizuraa

Hidup dalam dunia yang serba pantas memerlukan peranti pintar bukan sekadar untuk berkomunikasi. Malahan mestilah menjadi ‘partner in crime’ untuk segala keperluan harian. realme 14 5G hadir tepat pada masanya dengan kombinasi prestasi berkuasa, ketahanan luar biasa, dan reka bentuk futuristik.

realme 14 5G

Direka khas untuk generasi muda yang mahukan kemampuan teknologi tanpa kompromi, peranti pintar ini boleh memastikan setiap pengalaman berjalan lancar dan bebas gangguan. Bayangkan boleh bermain permua kegemaran tanpa masalah, multitasking dengan cekap seperti seorang profesional dan menikmati penstriman definisi tinggi dengan visual yang memukau. Semuanya boleh anda nikmati dengan realme 14 5G!


Kuasa Cip Snapdragon 6 Gen 4

realme 14 5G

realme 14 5G bukan sekadar peranti pintar tetapi menjadi simbol inovasi teknologi yang mampu mengubah gaya hidup harian pengguna moden. Direka untuk memenuhi gaya hidup pengguna aktif, peranti ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari pengalaman di luar kebiasaan. Dikuasai oleh cip Snapdragon 6 Gen 4 terbaru, realme 14 5G menetapkan standard baru untuk peranti pintar kelas pertengahan. Teknologi canggih 4nm dan GPU Adreno memberikan prestasi grafik yang luar biasa sambil menjamin kecekapan tenaga yang maksimum.

realme 14 5G

Berdasarkan ujian AnTuTu, cip ini mencatat skor lebih daripada 700K+, di mana angka yang menunjukkan kemampuan peranti ini untuk menyokong pelbagai tugas dengan pantas dan lancar. Bermaksud, pengguna boleh menikmati pengalaman gaming tanpa gangguan, multitasking dengan kelancaran optimum, dan hiburan visual berkualiti tinggi, semuanya dengan mudah. Tidak kira apa jua tugasan, setiap perkara dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efisien.

realme 14 5G

realme 14 5G mengubah setiap tugas harian menjadi lebih efisien dan produktif, sambil memberikan kepuasan maksimum dalam setiap penggunaan. Dengan kelebihan teknologi ini, anda juga boleh mengharapkan prestasi peranti yang luar biasa, produktiviti yang lebih baik, dan hiburan berkualiti tinggi, dengan kesemuanya digabungkan dalam satu pakej menarik dan praktikal.


Pilihan Menarik Untuk Pengguna Sentiasa On-The-Go

realme 14 5G memang direka khas untuk mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas (on-the-go). Dengan bateri besar 6,000mAh, anda boleh menikmati kebebasan sepanjang hari tanpa perlu risau peranti kehabisan sumber kuasa. Sama ada menonton video kegemaran, berlawan dalam permua yang penuh aksi, atau menyelesaikan tugas-tugas harian, bateri yang tahan lama memastikan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kerisauan. Lebih hebat lagi, anda juga tidak perlu risau tentang kehabisan bateri, kerana teknologi 45W Fast Charging yang disokong boleh memendekkan masa pengecasan, dan menjimatkan masa menunggu.

realme 14 5G

Melaluinya, bateri realme 14 5G boleh dicas dari 0% hingga kira-kira 50% dalam masa sekitar 30 minit, bergantung kepada keadaan tertentu seperti suhu persekitaran dan penggunaan semasa. Jika anda ingin pengecasan penuh, ia mungkin mengambil masa lebih kurang satu jam, menjadikannya sangat efisien untuk pengguna yang sibuk. Dalam masa singkat, peranti anda sudah kembali berfungsi seperti biasa. Bermaksud, anda boleh segera kembali ke tugas atau hiburan yang sedang dilakukan tanpa perlu tunggu lama.


Pengalaman Gaming Tanpa Had

realme 14 5G

Dengan slogan “Gaming, Pick realme 14 Series”, realme 14 5G adalah peranti yang direka khusus untuk pecinta permainan video. Dengan sokongan GT Mode, peranti ini memastikan permua anda berjalan lancar tanpa lengah masa atau gangguan. GT Mode ini berfungsi seperti ‘gear turbo’, yang boleh meningkatkan prestasi peranti supaya setiap aksi dalam permainan menjadi lebih pantas dan responsif. Pergerakan lancar, serangan tepat,  mesti boleh terus menang!

realme 14 5G

Lebih menarik lagi, peranti ini turut menyokong kadar bingkai sehingga 120FPS. Sokongan ini boleh menjadikan visual dalam permainan kelihatan jelas serta lancar, seterusnya memberikan pengalaman bermain yang lebih imersif. Sama ada anda berlawan musuh dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau sedang menaikkan tahap permainan dalam Honor of Kings (HOK), semuanya kelihatan hidup dan penuh aksi.

Dengan tetapan Ultra, realme 14 5G menunjukkan kemampuan menjalankan permainan seperti Mobile Legends pada kadar sehingga 120FPS, lantas menjadikan setiap adegan aksi terasa lebih hidup. Keupayaan ini sudah semestinya didorong  ini oleh cip pemprosesan Snapdragon 6 Gen 4 yang berkuasa, bersama sistem penyejukan cecair VC untuk memastikan suhu peranti kekal optimum.

Selain itu, mod GT Boost yang direka khas mempertingkatkan pengalaman permainan menjadi lebih lancar. Peranti ini direka untuk memenuhi kehendak pemain yang mengutamakan kualiti visual, kelancaran permainan, serta daya tahan peranti yang boleh dipercayai.

realme 14 5G

Grafik yang dihasilkan juga benar-benar mampu memberikan kepuasan dalam setiap sesi permainan. Ditambah pula dengan teknologi Halo Audio yang begitu mengasyikkan, setiap pergerakan dalam permainan terasa nyata dan penuh emosi. Pembesar suara stereo boleh dibesarkan sehingga 400% dalam realme 14 5G membawa pengalaman audio yang mendalam, sesuai untuk memenuhi keperluan peminat permainan video.

Dengan keupayaan menghasilkan bunyi yang jelas, dan seimbang, perkara ini menjadikan setiap aspek dalam permainan lebih hidup. Bunyi langkah, serangan, atau muzik latar dihasilkan dengan begitu baik sehingga mencipta pengalaman yang lebih nyata, seperti anda sendiri berada di dalam permainan.

realme 14 5G

Gabungan antara grafik yang menakjubkan dan teknologi audio ini mencipta pengalaman yang penuh emosi. Pembesar suara stereo menambahkan elemen imersif dalam setiap sesi permainan, dan menjadikan hiburan lebih mendebarkan dan bermakna. Ia membolehkan pengguna bukan sahaja melihat tetapi merasai aksi permainan yang membawa mereka ke dimensi lain.

Secara keseluruhannya, realme 14 5G bukan sekadar peranti biasa. Malahan mampu menawarkan pengalaman permainan yang menyeronokkan melalui gabungan visual luar biasa dengan audio berkualiti tinggi. Dengan realme 14 5G juga, pengalaman gaming anda kini lebih daripada sekadar hiburan. 


Kekal Sejuk Dengan Prestasi Mantap

Sudah tiba masanya untuk mengatakan selamat tinggal kepada masalah peranti pintar yang panas akibat sesi permainan panjang, atau multitasking yang intensif. Realme 14 5G hadir dengan Bionic Cooling System bersaiz 6050mm², iaitu sistem penyejukan yang direka khas untuk memastikan peranti kekal pada suhu optimum meskipun dalam sesi permainan yang sengit. Menurut realme, selepas melalui tiga sesi permainan sekalipun, suhu masih kekal stabil antara 37 hingga 39 darjah Celsius.

realme 14 5G

Dengan teknologi penyejukan yang pintar sebegini, anda boleh bermain permua kegemaran tanpa sebarang gangguan. Sesi permainan yang panjang? Tiada masalah. Multitasking seperti pemain esports profesional? Lancar tanpa kompromi. Setiap aksi permainan tidak hanya stabil tetapi juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan bebas daripada gangguan isu panas.

realme 14 5G

Bionic Cooling System juga bukan sekadar menjamin keselesaan pengguna, tetapi memastikan prestasi peranti terus berada di tahap optimum, menjadikan realme 14 5G sebagai pilihan bijak untuk peminat permainan video. Dengan realme 14 5G, keselesaan anda kekal terjamin, menjadikan pengalaman gaming anda tidak hanya luar biasa tetapi juga lebih bermakna. Jangan tunggu lagi, alami kehebatan teknologi penyejukan canggih ini, dan rasai perbezaan sendiri! 


Gabungan Gaya Futuristik

realme 14 5G

Generasi moden kini mengutamakan gaya, dan realme 14 5G mampu memenuhi cita rasa tersebut dengan reka bentuk yang menawan dan moden. Ia bukan sekadar peranti teknologi biasa, malah hadir dengan ciri eksklusif Victory Halo yang memberikan pengalaman unik.

Victory Halo ini dapat diakses melalui tetapan Pulse Light, di mana semasa permainan, apabila anda mendapat “First Kill” kemenangan lampu ini akan berkelip. Ciri ini juga boleh digunakan dalam sebahagian aktiviti seharian, seperti apabila anda menerima mesej teks, lampu ini turut akan berkelip.

Selain memenuhi keperluan teknologi, realme 14 5G menawarkan imej bergaya untuk generasi muda yang sentiasa mencari sesuatu yang berbeza dan berkualiti tinggi. Tambahan pula, dengan perlindungan IP69/68/66, peranti ini memastikan ketahanan dalam apa jua keadaan. Ia adalah gabungan gaya, ketahanan, dan prestasi tanpa kompromi.

realme 14 5G
realme 14 5G
realme 14 5G

realme 14 5G bukan sekadar peranti  pintar biasa, tetapi inovasi teknologi yang direka khas untuk memenuhi keperluan generasi muda. Ia menawarkan prestasi luar biasa, ketahanan maksimum, dan pengalaman gaming menarik dalam kelasnya – semuanya dalam satu peranti. Harga jualan peranti bermula RM1,199 (8/256GB) (eksklusif telekomunikasi), dan RM1,299 (12/256GB). Untuk lebih banyak maklumat mengenai produk dan promosi menarik, boleh layari laman web rasmi realme Malaysia. 

Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia

Komen