Google hari ini dilaporkan telah membuang ratusan pekerja melibatkan bahagian peranti dan platform, terutamanya yang melibatkan bahagian Android, telefon Pixel dan juga pelayar web Chrome.

Ia dikatakan pengurangan angka pekerja ini adalah disebabkan oleh penyatuan pasukan peranti dan platfom, sekaligus mengurangkan pekerja yang berlebihan, sekaligus menjadikan pasukan beroperasi dengan lebih efektif.
Selain bahagian ini, pada bulan Februari lepas, Google turut diperkatakan telah mengurangkan angka pekerja pada bahagian Google Cloud.