Carian
ChatGPT Akan Menamatkan Penawaran GPT-4 Pada 30 April 2025
April 11, 2025 Aman

OpenAI hari ini mengumumkan, berkuat-kuasa 30 April 2025 kelak, mereka akan menamatkan penawaran GPT-4 melalui ChatGPT. Dengan langkah ini, ChatGPT akan beralih kepada menggunakan model GPT-4o sepenuhnya.

GPT-4o menawarkan penambah-baikkan kepada model GPT-4 sebelum ini, dan menawarkan keupayaan lebih baik, termasuk dari segi penulisan, pengaturcaraan, dan perkara berkaitan sains, teknologi serta matematik. GPT-4o juga merupakan penawaran multi-modal, yang menyokong pelbagai variasi input.

Walaupun GPT-4 ditamatkan pada ChatGPT, pihak OpenAI akan terus menawarkan GPT-4 melalui API kepada pembangun.

Komen