Presiden Amerika Mengecualikan Telefon Dan Komputer Daripada Tarif Timbal-Balik
Aman
Donald Trump sedia membuat beberapa pengumuman berkenaan pengenalan tarif timbal-balik, termasuk mengenakan tarif sehingga 145% untuk produk dari China yang memasuki Amerika Syarikat. Selain China, pelbagai negara lain turut tertakluk kepada tarif timbal-balik ini, termasuk Malaysia.
Perkara ini membawa kepada reaksi berbeza di dunia, dan memberikan impak terhadap pergerakkan ekonomi, termasuk di Amerika Syarikat. Pada minggu ini juga, Donald Trump membuat perubahan pada perkara ini, dengan mengumumkan mereka akan menangguhkan pengenalan sejumlah tarif kepada 90 hari lagi.
Tidak setakat itu, kini ia turut diumumkan yang mana telefon pintar dan komputer akan dikecualikan daripada tarif timbal-balik ini. Perubahan ini juga turut meliputi semikonduktor, sel solar, panel televisyen, kad memori, SSD, dan sejumlah komponen elektronik.
Sebelum ini sendiri, ramai sedia menyatakan yang mana pengenalan tarif terhadap peralatan elektronik dan gajet akan membawa kepada peningkatan harga di Amerika Syarikat, memandangkan tiada kapasiti pengeluaran tempatan di sana, dan membangunkannya akan mengambil masa yang lama.
Apple sendiri, sebelum ini telah menerbangkan beberapa kapal terbang dalam mendapatkan stok, sebelum tarif ini yang berkuasa pada awalnya sepatutnya pada minggu lepas, tetapi ditangguhkan. Dan kini, dengan pengecualian ini, Apple boleh meneruskan syarikat mereka seperti biasa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.