Carian
iPadOS 19 Dijangka Membuatkan iPad Berfungsi Lebih Sebagai MacBook
April 13, 2025 Aman

Apple pada tahun ini dijangka memperkenalkan iPadOS generasi baharu, iaitu iPadOS 19 – selari dengan pengenalan iOS 19 untuk iPhone. Melaluinya, kini dilaporkan Apple akan membuatkan sistem operasi berkenaan lebih konsisten dengan penawaran sistem operasi macOS pada MacBook.

Apple dijangka memperlihatkannya pada WWDC tahun ini, dimana iPadOS 19 akan lebih memfokuskan kepada produktiviti dan melakukan multi-tugasan melaluinya, lebih kurang seperti Mac.

Ini juga dijangka akan membuatkan lebih ramai pengguna menggunakan iPad untuk tujuan produktiviti seperti Mac – apatah lagi kini cip berkuasa seperti Mac ditawarkan melalui iPad.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Jun ini pada acara WWDC, untuk kejutan yang akan ditawarkan melalui iPadOS.

Komen