Carian
ChatGPT Kini Digunakan 10% Populasi Bumi
April 14, 2025 Effi Saharudin

ChatGPT kini digunakan sekitar 10% populasi bumi menurut CEO OpenAI Sam Altman dalam sesi temubual TED 2025 hujung minggu lalu. Ini bermakna sekitar 800 juta pengguna mengakses ChatGPT sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Menurut Altman, jumlah pengguna meningkat dua kali ganda sejak model ChatGPT-4o dengan ciri janaan imej lebih berkuasa dilancarkan.

Penggunaan yang tinggi ini dipacu oleh orang ramai yang ingin mencuba ciri janaan imej seakan Studio Ghibli yang tular dua minggu lalu. Kami yakin anda pasti melihat banyak imej anime seakan karya Hiyao Miyazaki digunakan rakan taulan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Altman sendiri mengaku permintaan luar biasa untuk menjana imej membuatkan “pelayar komputer OpenAI lebur” dan menyebabkan had janaan imej diletakkan bagi pengguna ChatGPT percuma.

Komen